ADAT DAN BUDAYA MASYARAKAT MINANGKABAU
Orang Minangkabau merupakan penduduk asal kawasan
yang kini dikenali sebagai Sumatera Barat di Indonesia. Pada permulaan abad ke-14,
masyarakat Minangkabau tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke
Rembau. Selepas itu berlakulah pernikahan antara orang Minangkabau dengan penduduk tempatan dan daripada keturunan mereka dinamakan
suku Biduanda. Suku Biduanda ini merupakan pewaris asal Negeri Sembilan.
Pemimpin hanya dipilih dari suku Biduanda ini. Para pembesar Negeri Sembilan
yang dipanggil ‘Penghulu’ dan kemudiannya dipanggil ‘Undang’ asalnya daripada
suku Biduanda dan seterusnya wujud institusi Yang di-Pertuan Besar di Negeri
Sembilan. Minangkabau adalah gabungan daripada perkataan ‘Minang’ yang
bermaksud ‘Menang’ dan ‘Kabau’ bermaksud ‘Kerbau’. Gabungan perkataan ini
diperoleh daripada peristiwa perselisihan faham antara kerajaan Minangkabau
dengan seorang Putera dari kerajaan Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di
Tanah Melayu.Oleh itu, bagi mengelak daripada berperang masyarakat Minangkabau
mencadangkan pertandingan beradu kerbau. Putera dari Jawa tersebut bersetuju
dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas. Masyarakat Minangkabau pula
hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang lapar, tetapi ditajamkan tanduknya.
Semasa bertanding si anak kerbau tidak sengaja merodok tanduknya ke perut
kerbau yang besar dan ganas itu untuk mencari puting susu bagi menghilangkan
kelaparannya. Malangnya, kerbau yang besar dan ganas itu mati kerana tertusuk
tanduk si anak kerbau tersebut. Maka masyarakat Minangkabau telah berjaya
menyelesaikan perselisihan tersebut.
ADAT MASYARAKAT MATRILINEAL
Kaum lelaki Minangkabau merantau untuk mencari ilmu
dan kemewahan melalui perdagangan. Kanak-kanak lelaki seawal usia tujuh tahun
selalunya akan meninggalkan rumah mereka untuk tinggal di surau yang mana
mereka akan diajar dengan ilmu agama dan adat Minangkabau. Apabila remaja pula
mereka digalakkan untuk meninggalkan kampung halaman untuk mencari pengalaman
di dunia luar agar mereka dapat menjadi seorang yang lebih matang dan
bertanggungjawab kepada keluarga dan nagari
(kampung halaman).
ADAT
PERKAHWINAN
Syarat-syarat perkahwinan bagi masyarakat
Minangkabau adalah kedua calon mesti beragama Islam, tidak sedarah/tidak
berasal daripada suku yang sama(kecuali persukuan itu berasal dari negeri/luhak
yang lain), saling menghormati antara satu sama lain dan keluarga kedua belah
pihak serta calon suami (maripulai) harus mempunyai sumber pendapatan.
Perkahwinan yang tidak memenuhi syarat di atas dianggap perkahwinan sumbang.
Selain itu, masih ada peraturan tertentu dan upacara adat agama Islamyang harus
dipatuhi iaitu majlis jopuik manjopuik,
pinang meminang, batuko tando, akad
nikah, baralek gadang, jalangmenjalang, dan
sebagainya.
ADAT
KEMATIAN
Masyarakat Minangkabau mengutamakan perkara-perkara
wajib menurut syariat Islam, seperti pengurusan jenazah. Seterusnya, akan
diadakan majlis memperingati Allahyarham seperti manujuah hari (majlis memperingati tujuh hari), duo puluah hari (majlis memperingati
hari ke empat puluh dan akhir sekali manyaratuih
hari (majlis memperingati hari ke seratus).
MAKANAN
TRADISIONAL
Masyarakat Minangkabau menyukai masakan pedas dan
banyak menggunakan santan kelapa. Contohnya, rendang dan dendeng balado.
Rendang mempunyai falsafah tersendiri bagi masyarakat Minangkabau iaitu
musyawarah, mewakili empat bahan utamanya iaitu:
- daging lembu mewakili para pemimpin suku adat
- kelapa mewakili kaum intelektual
- lada mewakili alim ulama yang tegas untuk mengajar hukum-hukum agama
- pemasak mewakili keseluruhan masyarakat Minangkabau.
No comments:
Post a Comment