Friday, 30 May 2014

UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

UNDANG-UNDANG

KEMANUSIAAN 

ANTARABANGSA (UUKA)

 Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA):
  • Satu badan peraturan yang mengenakan had terhadap penggunaan senjata dan kaedah peperangan. 
  • Melindungi mereka yang tidak atau tidak lagi mengambil bahagian dalam pertempuran:
  1. Wanita
  2. Kanak-kanak
  3. Warga Emas
  4. Perlarian
  5. Tawanan Perang
  • Melindungi maruah manusia 
  • Menghadkan penderitaan semasa peperangan. 
  • Dikenali: 
  1. Undang-undang peperangan 
  2. Undang-undang konflik bersenjata

Bagaimanakah UUKA melindungi?
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa:
  • Menghadkan penggunaan jenis senjata yang boleh menyebabkan kemusnahan yang tidak wajar.
  • Membezakan antara penempur dan orang awam. 
  • Tidak menyerang orang awam. 
  • Membantu mereka yang cedera dan sakit.
  • Melindungi anggota perubatan. 
  • Memelihara maruah tawanan perang dan tahanan awam dengan membenarkan perwakilan ICRC melawat mereka.
 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)


Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC):         
  • ‘penjaga’ UUKA yang menjalankan aktivitinya berasaskan:
  1. empat Konvensyen Geneva 1949 
  2. dua Protokol Tambahan 1977. 
  • Konvesyen dan Protokol Tambahan tersebut memberi hak kepada ICRC untuk menjalankan aktivitinya:
  1. Memberi bantuan kepada tentera yang cedera, sakit atau karam semasa konflik
  2. Melawat tawanan perang
  3. Menolong orang awam 
  4. Memastikan bahawa mereka yang dilindungi oleh UUKA diberi layanan sewajarnya.
 

 

2 comments: