Wednesday, 28 May 2014

Warisan Budaya Masyarakat Kaum Kadazan Dusun


MASYARAKAT  KAUM  KADAZAN DUSUN
Kaum ‘kadazan-dusun’ merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ namun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum ‘Kadazan’ dengan kaum ‘Dusun’ satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu ‘Kadazan-Dusun’. Kaum Kadazan-Dusun membentuk etnik terbesar di Sabah.
Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun antaranaya:
  • Bisaya
  • Bonggi
  • Bunddu
  • Dumpas
  • Gana
  • Garo 
  • Idaan
  • Kedayan
  • Kimarang
  • Kuijau
 Oleh yang demikian kerana kaum Kadazan-dusun merupakan kaum yang kaya dengan pelbagai budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan secara turun temurun oleh nenek moyang mereka dan melambangkan keindahan adat dan budaya mereka sebagai kaum terbesar di Sabah.

Pakaian tradisional
Kadazan-dusun terkenal dengan kaum yang mempunyai banyak sub-etnik yang kaya dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri.
Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan seperti pesta kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Kebiasaannya para gadis dari kaum Kadazandusun akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya pertandingan unduk ngadau kaamatan di peringkat negeri Sabah. Antara perbezaan pakaian suku kaum kadazan-dusun ialah seperti berikut:
1.Suku kaum rungus kudat
  • Tinggal di kawasan kudat.
  • Mempunyai blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil ‘Banat Tondu’
  • Sarong yang dipanggil ‘tapi rinugading’ selalunya di pakai hingga paras lutut sahaja. 
  • Kain hitam yang berukuran lebar 28-30 sm pula akan disarungkan ke leher hingga ke bahu dan berjuntai ke lengan dan terbentuklah pakaian berlengan.
  • Baju kemeja berlengan pendek atau panjang hanya dikhususkan untuk golongan lelaki sahaja terdapat juga ‘siga’ untuk mengemaskan pakaian tersebut.
  • Barangan kemas pula menjadi pelengkap pakaian tradisional kaum kudat,contohnya pemakaian rantai leher atau dipanggil ‘sanadang’ yang diperbuat daripada kulit kerang atau ‘kima’ berwarna putih berkilauan dan tulang haiwan.
  • Sanggul atau dipanggil ‘titimbok’ oleh masyarakat rungus yang dipakaikan kepada pemakai pakaian tersebut. 
  •  Berabun dan Giring pula merupakan barang kemas antik yang diperbuat daripada logam emas berbentuk loceng turut melengkapkan pemakaian tersebut.
  • Pemakaian barang kemas adalah satu kemestian bagi kaum dalam kadazan dusun.
    2.Suku kaum kadazan dusun penampang
  • Kawasan penampang di pantai barat sabah. 
  •  Suku kaum kadazan penampang juga mempunyai ciri-ciri pakaian tradisi mereka yang tersendiri menjadikan mereka salah satu daripada suku kaum yang unik dalam kaum kadazan dusun. 
  • Antara ciri pakaian tradisional mereka: 
 -Mempunyai blaus tidak berlengan yang berwarna hitam atau baldu untuk kaum wanita mereka dipanggil ‘sinuangga’. 
-Blaus berlengan pendek,berwarna hitam atau ‘baldu’ pula dikhususkan untuk wanita pertengahan umur atau ‘sinompukung’. 
-Blaus berlengan pula digunakan oleh wanita golongan tua terutama ‘bobohizan’(kinoigan.
- Golongan lelaki pula kemeja berwarna hitam baldu dan berlengan panjang akan dipakai dan pemakaian siga yang mempunyai pelbagai pelbagai corak yang tersendiri.
-Pemakaian biasanya akan dihiasi dengan ‘renda’ atau siling utama keemasan pelbagai corak. 

3. Kadazan dusun papar 
 -Ciri-ciri pakaian tradisi masyarakat ini ialah:
  •  Memakai blaus baldu hitam berlengan panjang ataupun dipanggil ‘siya’ oleh penduduk tempatan.
  •  Pemakaian baju di dalam yang berwarna putih atau ‘blaus putih’ pula perlu dilakukan untuk menampakkan perbezaan pakaian kaum ini.
  •  Pemakaian sarung atau dipanggil ‘gonob’ berbeza dengan kaum rungus.
  •  Pemakaian siga khas untuk kaum lelaki
  • Pemakaian baju kemeja baldu hitam berlengan panjang.
  • Bagi kaum wanita ‘siung’ digunakan untuk menentukan jenis pemakaian contohnya pemakaian berlulu binatang (burung) yang berwarna untuk wanita bujang dan pemakaian berbunga-bungaan untuk golongan wanita yang sudah berkahwin.
Perhiasan pakaian bagi kaum papar terdiri daripada butang berwarna keemasan ‘kubamban’ sebanyak lapan pasang didada dan ‘siling’ dan labuci yang dijahit di lengan blaus juga terdapat tenunan yang dipanggil ‘rinanakit’ bercorak cetusan bintang dijahit secara menegak dan melintang pada sarong (gonop)

Bahasa pengantar masyarakat kadazan dusun
Bahasa kadazan dusun ialah satu daripada 50 atau lebih bahasa dan lebih daripada 80 dielet di sabah. Bahasa kadazan dusun dituturkan oleh kebanyakan populasi di Sabah terutamanya di kawasan pendalaman Kota Kinabalu,Penampang,Ranau,Keningau dan Tambunan.walaupun kadazan dusun terdiri daripada pelbagai kaum yang disatukan tetapi bahasa pengantar yang digunakan oleh kaum-kaum ini adalah sama dan hanya mempunyai sedikit perbezaan seperti bahasa melayu an bahasa Indonesia.Bahasa ini digunakan oleh kaum kadazan dusun dalam melakukan aktiviti harian seperti bertani,berdagang,berniaga, dan lain-lain.
Contoh:
Aku dalam bahasa kadazan dusun disebut oku.

Upacara Humabot
Merupakan upacara yang telah secara turun temurun dilakukan oleh kaum kadazan-dusun apabila mereka membina rumah baru. Upacara ini melibatkan seorang bobohizan atau dukun yang dipanggil oleh sesebuah keluarga yang ingin mendirikan rumah baru untuk menjampi tapak rumah tersebut. Bobohizan akan membaza mantera dan renjis air untuk menghalau semangat dan roh-roh jahat masyarakat kadazan dusun juga percaya akan ‘kopizo’ tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik.tetapi jika sebaliknya maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.
Sesudah sesebuah rumah itu didirikan bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara ‘momodu’ atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan api pada buluh yang hujungnya dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengigilingi rangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau ‘memangkis’. Ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka kepada rumah mereka.


No comments:

Post a Comment