Jika berlaku peperangan, orang awam yang tidak terlibat perlu diberikan hak mereka untuk mendapatkan perlindungan. Perkara ini telah ditetapkan dalam Konvokesyen Geneva 1949, iaitu berkenaan peraturan-peraturan asas dalam Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa ketika konflik bersenjata berlaku:
- Orang yang cedera dan orang yang tidak terlibat dalam peperangan perlu dihormati jiwa, moral dan fizikal mereka. Mereka perlu dilindungi dan dilayan dengan penuh rasa kemanusiaan.
- Dilarang membunuh atau mencederakan orang yang menyerah diri dan orang yang tidak berupaya.
- Orang yang cedera atau sakit perlu dikumpulkan dan dijaga oleh pihak yang mempunyai kuasa.
- Perlindungan meliputi kakitangan perubatan, pertubuhan, pengangkutan dan peralatan. Lambang persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah menjadi lambang perlindungan dan perlu dihormati oleh semua pihak.
- Anggota tentera yang ditawan dan orang awam
yang berada bawah kuasa musuh perlu dihormati nyawa, maruah dan hak peribadi.
Mereka perlu dilindungi daripada semua bentuk keganasan dan perbuatan balas
dendam
No comments:
Post a Comment