Peranan Jabatan Alam Sekitar:
- Mengenalpasti, menilai dan memberi maklumat tentang alam sekitar.
- Merancang strategi penjagaan kualiti alam sekitar.
- Membincangkan dan menentukan resolusi yang berkaitan dengan alam sekitar dalam dan luar negara.
- Menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu alam sekitar.
- Menerbitkan jurnal, majalah dan artikel yang berkaitan dengan alam sekitar.
- Menganjurkan Minggu Alam Sekitar pada 21-27 Oktober setiap tahun.
- Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran.
- Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984.
Peranan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia(JPSM)
- Menjalankan program penghutanan semula.
- Mewartakan taman negara, hutan simpan dan taman marin.
- Menjalankan rawatan silvikultur (Kaedah menebang sekeliling anak pokok yang berharga dan kaedah gelongan racun pada pangkal pokok)
Peranan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
- Memberi pendidikan pemeliharaan hutan.
- Melindungi taman-taman negara dan hidupan liar.
Peranan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
- Membuat penyelidikan dan pembangunan bagi sumber hutan.
Cara-cara Memelihara dan Memulihara Alam Sekeliling
Cara-cara Memelihara Alam Sekeliling
- Menyediakan lebih banyak tong sampah, terutamanya di tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong.
- Mewartakan lebih banyak hutan simpan dan zoo.
- Menganjurkan pelbagai kempen atau pertandingan untuk menarik minat orang ramai untuk bersama memelihara alam sekeliling: Sekolah Lestari dan 1Murid, 1Pokok.
- Melaksanakan aktiviti penanaman semula.
- Bergotong-royong membersihkan alam sekeliling.
- Pendedahan awal oleh pihak kerajaan kepada masyarakat.
- Menguatkuasakan undang-undang.
pencemar alam sekeliling: Pemburu
- Mengetatkan syarat-syarat pembalakan: Hanya pokok
yang matang boleh ditebang.
Kepentingan Mengekalkan Kesejahteraan Alam Sekeliling
- Menarik minat pelancong untuk mengunjungi negara.
- Meningkatkan ekonomi negara.
- Mengelakkan pengaliran wang ke luar negara.
- Menjamin kesihatan masyarakat.
- Mengelakkan pencemaran alam serta bencana alam.
Kesan Pencemaran Alam dan Pencemaran Alam
- Menjejaskan kesihatan masyarakat.
- Menjejaskan imej dan nama negara dalam persada dunia.
- Menjejaskan kehidupan seharian masyarakat.
- Mengorbankan banyak nyawa.
- Merosakkan harta benda.
Pencemaran Alam
- Pembuangan sampah ke sungai menjejaskan kualiti air dan menyebabkan hidupan akuatik pupus.
- Sisa toksik yang dibuang secara tidak teratur dapat menyebabkan pelbagai kesan seperti gangguan kesihatan.
- Kempen kesedaran perlu dilaksanakan dengan lebih kerap untuk menyedarkan masyarakat tentan isu-isu alam sekitar.
- Penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan untuk menghukum pihak yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam sekitar.
- Bencana tsunami yang melanda negara-negara Asia Tenggara pada 26 Disember 2004 adalah yang terburuk di sejarah.
- Tempat di Utara Semenanjung Malaysia turut mengalami kesan yang teruk akibat bencana tsunami pada tahun 2004.
- Negara kita sering dilanda banjir pada bulan November dan Disember khususnya kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
- Negara kita tidak mengalami bencana letusan gunung berapi kerana tidak berada dalam kawasan gunung berapi utama dunia.
- Bencana alam menyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan penyebaran penyakit berjangkit.
No comments:
Post a Comment