Masyarakat Kaum Iban
Masyarakat
Iban berasal daripada Sarawak dan merupakan suku kaum terbesar di Sarawak. Kaum
Iban pula terbahagi kepada beberapa suku kaum:
- Balau
- Sembayau
- Lemanak
- Bercucuk tanam
- Menternak binatang
- Memungut hasil hutan.
PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG
Kaum
Iban amat menekankan pentang larang sewaktu mengandung dan selepas
bersalin. Pantang larang sewaktu mengandung bukan sahaja dikenakan
kepada wanita yang sedang mengandung malah si suami turut dikenakan
pantang larang, contohnya, mereka tidak dibenarkan memotong pokok yang
menjalar di atas tanah kerana dikhuatiri berlakunya pendarahan
berterusan semasa si ibu melahirkan. Mereka juga dilarang memecahkan
telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi cacat. Selain
itu mereka juga dilarang membawa kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri
bayi tersangkut semasa dilahirkan. Bakal ibu juga dilarang menuang
minyak di tapak tangan untuk disapu ke rambut kerana dikhuatiri bayi
yang akan lahir daripada menanah.
No comments:
Post a Comment