- Legislatif ialah badan yang mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang.
Parlimen
- Menggubal dan meluluskan undang-undang.
- Terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
- Keistimewaan: Apa-apa yang diperkatakan di Parlimen tidak boleh dipersoalkan di makhamah
1. Ahli Palimen tidak boleh didakwa di
mahkamah atas apa-apa yang diperkatakan.
2. Pengundian yang dibuat di Parlimen
tidak boleh dipersoalkan.
- Ahli Parlimen tidak boleh mempersoalkan:
1. Hak istimewa orang Melayu
2. Kewarganegaraan
3. Bahasa Kebangsaan
4. Kedaulatan Raja-raja Melayu
Dewan Rakyat
- Ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
- Membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan mendapatkan pembelaan melalui Wakil Rakyat.
- Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat akan tamat apabila Parlimen telah dibubarkan.
- Ahli Dewan Rakyat boleh berhenti menjadi dengan menulis surat kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat.
- Dia juga dianggap berhenti jika:
1.
Hilang kelayakan mengikut Perkara 48
Perlembagaan Persekutuan
2.
Tidak hadir dalam mesyuarat Dewan
selama enam bulan berterusan tanpa mendapat izin Dewan (Perkara 52 Perlembagaan
Persekutuan).
3.
Jika tidak menghadiri mesyuarat dalam
tempoh 3bulan daripada tarikh Dewan mula bersidang selepas pilihanraya.
Dewan Negara
- Ahlinya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong
- Membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat
- Membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum
- Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenankan.
- Dewan Negara mempunyai 69 orang anggota yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong daripada kalangan rakyat yang berjaya di dalam ikhtisas dan juga wakil kaum minoriti seperti wakil orang asli.
- Dalam perlantikan tersebut Yang Di Pertuan Agong akan mengikut nasihat Perdana Menteri:
1.
29 orang anggota yang dipilih oleh Dewan Undangan
Negeri daripada 13 buah negeri
2.
2 orang daripada Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
- Seorang wakil daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Seseorang yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara hendaklah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan tempoh perkhidmatan mereka ialah selama 3 tahun.
No comments:
Post a Comment