KEMANUSIAAN
ANTARABANGSA (UUKA)
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA):
- Satu badan peraturan yang mengenakan had terhadap penggunaan senjata dan kaedah peperangan.
- Melindungi mereka yang tidak atau tidak lagi mengambil bahagian dalam pertempuran:
- Wanita
- Kanak-kanak
- Warga Emas
- Perlarian
- Tawanan Perang
- Melindungi maruah manusia
- Menghadkan penderitaan semasa peperangan.
- Dikenali:
- Undang-undang peperangan
- Undang-undang konflik bersenjata
Bagaimanakah UUKA melindungi?
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa:
- Menghadkan penggunaan jenis senjata yang boleh menyebabkan kemusnahan yang tidak wajar.
- Membezakan antara penempur dan orang awam.
- Tidak menyerang orang awam.
- Membantu mereka yang cedera dan sakit.
- Melindungi anggota perubatan.
- Memelihara maruah tawanan perang dan tahanan awam dengan membenarkan perwakilan ICRC melawat mereka.
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC):
- ‘penjaga’ UUKA yang menjalankan aktivitinya berasaskan:
- empat Konvensyen Geneva 1949
- dua Protokol Tambahan 1977.
- Konvesyen dan Protokol Tambahan tersebut memberi hak kepada ICRC untuk menjalankan aktivitinya:
- Memberi bantuan kepada tentera yang cedera, sakit atau karam semasa konflik
- Melawat tawanan perang
- Menolong orang awam
- Memastikan bahawa mereka yang dilindungi oleh UUKA diberi layanan sewajarnya.
Nice...Penuh dengan maklumat.
ReplyDeleteTak faham tapi saya dapat full Mark
ReplyDelete